Friday 6 April 2018

Kelana Ilmu Seorang Mujahid: Part I

    Assalamualaikum ,apa khabar pembaca budiman sekalian?Saya doakan moga-moga Allah kurniakan rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita semua serta rezeki yang diberkati.InsyaAllah...Amin...So harini saya nak bercerita tentang seorang pemuda syahid yang mana hidupnya tak dikenali ramai tetapi kematiannya mengejutkan ramai.Ia merupakan kematian yang menghidupkan banyak jiwa.Siapakah pemuda itu???



     Dialah Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam,seorang pemuda dari Malaysia yang berkelana ke bumi Turki untuk mempelajari sejarah.Sebenarnya saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh mengenali Ahmad Ammar buat kali pertama. Saya cuma tahu fenomena Ahmad Ammar kerana pada ketika itu kisahnya baru hendak berkembang tetapi masih tidak mengetahui keistimewaannya. Saya ingat lagi ketika itu saya baru di tingkatan 3 pada tahun 2014. Nak dijadikan cerita sekolah saya ada menganjurkan pesta buku pada tahun tersebut dan saya mempunyai kupon pembelian buku yang bernilai RM30 hasil dari kecemerlangan peperiksaan akhir tahun ketika di tingkatan 2. Alhamdulillah, saya gunakan sebahagian dari duit itu untuk membeli Al-Quran terjemahan dan ada bakinya sedikit.Dalam ronda-ronda dok cari apa nak beli ,mata saya terlihat akan sebuah buku tentang Ahmad Ammar yang kisahnya suam-suam panas ketika itu.Saya pon membeleknya dan membaca sedikit kisahnya sehingga membuat saya begitu tertarik untuk membelinya. Namun baki dari kupon saya itu tidak mencukupi dan nasib baiklah ketika itu saya membawa duit lebih ke sekolah.Alhamdulillah.Inilah buku yang pertama saya beli seumur hidup saya yang mana harganya bernilai RM23 sahaja.


my first book ever๐Ÿ˜…๐Ÿ˜™

Hahaha...sebenarnya buku tu dah dipinjamkan kepada ramai orang sebab tu kelihatan agak buruk sikit.Nasib baiklah haritu saya ada meminjamkan buku ni kepada seorang kawan perempuan sekolah saya yang bernama Solehah. Dialah yang balut buku tu and Alhamdulillah nampak elok,kalau tak balut haritu saya rasa buku tu lani dah lunyai teruk dah..hahahaha๐Ÿ˜‚ Aipppp kami xdak papa naaa..hangpa jangan macam-macam eaa.Hahaha.Cumanya kami berdua sama-sama mengagumi Ahmad Ammar dan berkongsi idola yang sama.Tidak lebih dari itu.Sejak saya membaca buku itu ianya telah memberikan impak yang mendalam kepada saya.Dari situlah saya mula mencintai bumi Turki dan sejarahnya. Alangkah indahnya andai satu hari nanti saya mampu ke Turki untuk menziarahi pusara Ahmad Ammar dan tokoh-tokoh yang memperjuangkan Islam di sana.Sungguh ia merupakan impian yang amat saya inginkan. 


Pemimpin Harapan Umat

   Assalamualaikum,hai harini saya nak bercerita lagi tentang seorang tokoh masa kini yang menjadi harapan umat Islam Turki serta dunia .Beliau bernama Recep Tayyip Erdorgan, Presiden ke 12 Republik Turki.Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang berpengaruh serta sangat lantang dan tegas dalam perihal Islam.Beliau merupakan tokoh yang paling lama memerintah Turki.Beliau menjadi Perdana Menteri Turki sejak 2003 hingga 2014 sebelum dipilih sebagai Presiden Turki yang ke 12 pada tahun 2014.


Sejak memerintah Turki banyak kemajuan yang telah dibawanya.Termasuklah dari bidang pendidikan ,kesihatan,ekonomi dan sebagainya.Walaupun Turki bukanlah negara pengeksport minyak namun mereka mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.Di bawah pentadbiran Erdorgan jugak ,pendapatan rakyat Turki telah meningkat daripada 3500 dollar kepada 11 000 dollar pada tahun 2013.Namun bukan soal kemajuan di Turki yang menarik minat saya terhadap tokoh ini, yang membuatkan saya mengagumi beliau sehingga saya mengikuti laman sosialnya di Instagram๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚ adalah kelangtangan beliau dalam memperjuangkan Islam.Ingat tak lagi ketika pengumuman Donald Trump yang mengistiharkan Bailtulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang jelas menyebarkan gelombang kemarahan umat Islam di dunia.Ketika itu ,Presiden Erdorgan lah yang jelas dan terang-terangan mengecam tindakan itu serta mengadakan perhimpunan Negara-Negara OIC tergempar bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu terbabit.Selain itu beliau juga pernah meninggalkan persidangan di Davos kerana hanya diberi masa 12 minit untuk berucap ketika perhimpunan tersebut sedangkan Presiden Israel diberi 25 minit berucap.Ketika ucapannya beliau memperjuangkan soal kemanusiaan di Palestin yang dilakukan oleh Israel.Beliau juga peka tentang situasi umat Islam Rohingnya di Myanmar yang terus dizalimi sehingga pernah menyuarakan isu itu di PBB.
   
Antara pemimpin OIC

Sungguh Erdorgan merupakan pemimpin harapan umat Islam kerana keberanian dan ketegasannya dalam urus tadbir negara serta perihal berkaitan Islam.Inilah pemimpin sejati moga-moga Allah kurniakan lagi kepada kita pemimpin seperti beliau.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang sempurna kepada pemimpin Islam ini agar dapat mempertahankan dan terus memperjuangkan Islam di mata dunia.InsyaAllah amin.

Penyelamat Akidah Umat Turki

     Ketika umat Islam Turki diserang dengan hebat oleh Mustafa Kamal Al-Tarturk, yang jelas memisahkan agama dari aspek kehidupan serta menerapkan budaya barat di kalangan rakyat Turki sehingga menyebabkan negara Turki berubah dari segi budaya serta menjadi negara yang sekular namun Syeikh Badiuzzman Said Nursi lah yang berusaha menyelamatkan akidah umat Turki. Ketika akidah umat Islam sedikit demi sedikit dirobek Badiuzzman Said Nursi jelas lantang bersuara menentang pemerintahan Mustafa Kamal Al-Atarturk.



Beliau dilahirkan di desa Nurs di wilayah Timur Turki pada tahun 1293M/1877H serta berasal dari keluarga yang dihormati.Beliau merupakan anak keempat daripada tujuh adik beradik.Beliau mendapat pendidikan agama yang secukupnya daripada kedua ibu bapanya yang soleh dan solehah serta mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi.Semasa dari kecil lagi beliau mempunyai minat yang tinggi dalam ilmu pengetahuan dengan sering memikirkan serta membuat pertanyaan-pernyataan di dalam benaknya.Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar kerana berhasil menghafal dan memahami isi kitab dengan masa yang singkat  sahaja.Gelaran Badiuzzman diberikan oleh gurunya yang bernama Syeikh Al-Fathullah yang membawa maksud keunggulan zaman.

Beliau bukan sahaja mahir dalam ilmu agama bahkan juga turut mempelajari ilmu seperti biologi,fizik,kimia,astronomi serta ilmu kaji bumi.Baginya ilmu sains dan ilmu agama tidak dapat dipisahkan.Antara karya teragung beliau adalah penghasilan kitab Risalah An-Nur yang mana telah diterjemah ke dalam 40 bahasa.Kitab ini pernah diharamkan edisinya pada zaman pemerintahan Mustafa Kamal At-Tarturk kerana dikhuatiri rakyat Turki ketika itu akan bangkit menegakkan syiar Islam.Said Nursi berjihad dengan pena dengan mengarang Kitab Risalah An-Nur yang merupakan satu tafsiran Al-Quran bagi menyelamatkan akidah umat Islam Turki pada ketika itu.Kisah perjuangan Badiuzzman Said Nursi ada dibukukan oleh seorang penulis tempatan terkenal iaitu oleh Abdul Latip Talib,jikalau anda berminat untuk mengenali lebih lanjut mengenai tokoh ini bolehlah try beli dan baca kisahnya.


Saya rasa setakat itu dahulu untuk penkongsian saya pada kali ini.Semoga bertambah ilmu kalian mudah-mudahan.InsyaAllah amin.๐Ÿ˜‰

Wednesday 4 April 2018

Musuh Dalam Selimut

   Pada 3 Mac yang lalu, genap 94 tahun umat manusia tanpa dibawah sistem khilafah. Sebuah sistem pemerintahan Islam yang mana bermula dari zaman kekhilafahan al-Ryasidin seterusnya kekhilafahan Bani Usthmmaiyyah kemudian Kekhilafahan Bani Abbasiyah dan akhir sekali zaman Kekhilafahan Turki Uthmaniyah. Pada tanggal 3 Mac 1924 runtuhnya sebuah empayar kebanggaan yang menauangi hampir dua per tiga dunia setelah memerintah lebih dari 600 tahun angkara musuh dalam selimut. Pemimpin yang bertanggungjawab atas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah yang juga merupakan pengasas kepada penubuhan Republik Turki moden seperti hari ini ialah Mustafa Kamal Al Tarturk.



Beliau menjadi Presiden Turki yang pertama hasil rampasan kuasa di bawah penggerakkan Turki Muda yang membawa ideologi sekularisme.Sejak dari kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah merupakan titik tolak kepada pemerintahan Mustafa Kamal yang berusaha memisahkan agama dari pemerintahan serta aspek pemerintahan. Nak kata kejam tak kejamnya dia ni adalah beliau telah mengarahkan agar azan dilaungkan dalam Bahasa Turki berbanding Bahasa Arab kebiasaannya. Tidak cukup dengan itu beliau jugak membenarkan wanita muslim memakai berhijab dengan syarat harus dipakai dengan skirt  dan mewajibkan pakaian dan fesyen barat.Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta melarang rakyatnya mengerjakan ibadah haji. Allahu...Tindakannya tidak terhenti disitu ,beliau turut menukar peranan Haghia Sofia sebagai masjid yang diubah oleh Sultan Muhammad Al-Fatih kepada muzium.Sebahagian masjid jugak ditukar sebagai gereja.dan bermacam lagi tindakannya yang jelas menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.Beliau berjaya mengasingkan agama dari segala aspek kehidupan dan membuang agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mustafa Kamal Al Tarturk merupakan pemimpin Islam yang bertopengkan imej Yahudi.Pada akhir hayatnya beliau diazab oleh Allah SWT dengan azab yang pedih seperti penyakit kulit yang menyebabkan beliau merasa gatal seluruh badan,sakit jantung,darah tinggi serta panas sepanjang masa. Beliau pernah meminta bomba agar menyiram rumahnya 24jam serta meminta pembantunya meletakkan ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya.Maha suci Allah panasnya tidak hilang,hingga pernah satu ketika beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengarnya.Oleh kerana tidak tahan dengan jeritannya ,pihak yang bertanggungjawab ketika itu telah menghantarnya ke tengah lautan dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Pada 26 Sebtember 1938,beliau pengsan selama 48 jam kerana terlalu panas dan sedar selepas itu namun beliau hilang ingatan.Kemudian sekali lagi pada 3 November 1938 beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.Ketika kematiannya tiada seorang pon yang memandi,mengkafankan serta menyembayangkan jenzah beliau.Mayatnya diawet selama 9 hari 9 malam sehingga adik perempuannya meminta ulama-ulama Turki untuk memandi,mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah beliau .Namun tidak cuklup dengan itu, Allah tunjukkan sekali lagi kekuasaannya dimana ketika mayatnya hendak dikebumikan namun bumi tidak menerimanya.Allahu..sehingga kini mayatnya hanya ditanam di celah-celah batu marmar di sebuah bukit. 


Begitulah kisah seorang pemimpin yang fasik yang telah melakukan kezaliman ke atas Islam ketika hayatnya.Semoga kisahnya memberi pengajaran kepada kita semua serta menunjukkan bahawa agama tidak boleh sama sekali dipisahkan dari kehidupan.Saya rasa setakat itu dahulu untuk perkongsian saya pada kali ini.Jumpa lagi yaa di entri yang akan datang.~~๐Ÿ‘‹

Monday 2 April 2018

Makanan dan budaya Turki

    Yeahh..Assalamualaikum semua ...Alhamdulillah bertemu lagi kita di entry saya yang terkini.Baiklah so harini saya nak bercerita tentang keunikan budaya dan makanan di Turki.Lain tempat lain laa budaya dan cita rasanya ann.So sebenarnya Turki ni terkenal dengan aneka hidangan kerana mengandungi pencampuran cita rasa antara Eropah dan jugak Asia.

    First sekali saya bercerita tentang bakhlava. Bakhlava ni sebenarnya sebuah makanan pencuci mulut yang berasaskan kacang seperti kacang pistachio dan kacang tanah yang diisi ke dalam phyllo pastri. Yang dimana phyllo pastri ni merupakan lembaran adunan tepung nipis alaaa mcm kulit popia yang kita makan tu tapi yang ini lain sedikit kerana adunannya mengandungi minyak,cuka,tepung dan kuning telur. Kemudian phyllo pastri yang mengandungi inti kacang akan disiram dengan air mawar atau karamel untuk menambahkan kelazatannya.Ermmm..dok cerita ni terliur banyak kali dah๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚..hahaha moga-moga insyaAllah satu hari nanti saya dapat merasainya.

Allahu ๐Ÿ˜ญ menggoda sungguh ni

    Next benda yang paling saya mau try dan kalau masuk mulut saya ni. Perhh puas gila . Yang ni serius tahap sumpah memang teringin gila nak makan.... Hahahahahah๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ apa lagi kalau bukan aiskrim Turki atau nama lainnya dondurma . Rugi besar laa bagi sesiapa yang berkunjung ke Turki tapi tak merasainya. Pertama kali saya mengenali aiskrim Turki adalah ketika menonton rancangan television TV3 iaitu Spice Routes jika tidak silap saya. Dalam rancangan itu ia memaparkan keunikan makanan tradisi Turki dan apa yang menarik minat saya adalah tentang keunikan aiskrim Turki dari segi penghasilannya hingga ketika menjualnya.Sejak dari itu saya mengidam aiskrim Turki.... Hahahaha.... Dah berapa tahun dah ni... Hmmm.. InsyaAllah moga nanti ada rezeki.hahaaha

Unik ann... Aiskrim dia x jatuh pon๐Ÿ˜“


     Dondurma ini diperbuat daripada susu kambing dan satu bahan yang bernama salep iaitu tepung yang dikisar daripada orkid liar serta mastic iaitu sejenis tumbuhan yang boleh dimakan. Yang dimana campuran antara semua bahan inilah yang menjadikan tekstur aiskrim tersebut anjal dan tidak mudah cair. Haa unik ann... Ni kalau juai kat KMPP ni sayalah yang akan jadi pelanggan setianya.Dan menariknya lagi adalah cara mereka menjualnya. Kebiasaan bagi peniaga yang menjual dondurma ni mereka akan "mengusik" pelanggan mereka dengan helah..Alaa macam nak bergurau laa. Tapi saya rasa macam kena buli jaa  ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Hahaha... Tapi xpa saya dah fikirkan dah cara bagaimana nak hadapi penjual ni... Hahaha saya tak kan biarkan mereka buli saya.... Hahaha. Tunggu masa nak aplikasikannya jaa  ๐Ÿ˜‚

   So saya rasa setakat tu dulu untuk perkongsian saya pada kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi yaa di post saya yang seterusnya. Bye~๐Ÿค—

Friday 30 March 2018

3 Lokasi Wajib Dikunjungi Di Turki

    Assalamualaikum ok harini saya nak cerita tentang tempat-tempat yang menarik di Turki pulak...Asyik tentang tokoh jaa ann so now lets move on in different regions...Are you ready guys..hahaha.Walaupun belom pernah ke sana tetapi destinasi di tempat yang ingin saya lawati itu telah menambat hati saya...huaaa๐Ÿ˜๐Ÿ’“So harini saya akan share kepada anda semua 3 tempat yang menarik yang wajib dikunjungi.




   1.Haghia Sofia



bahagian dalam Haghia Sofia๐Ÿ’˜



     Haghia Sofia ni sebenarnya dahulu adalah sebuah gereja sebelum ditukar oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ketika berjaya menakluk Constantinople kepada sebuah masjid.Namun kini ianya telah menjadi muzium bermula dari penguasaan Bapa Republik Sekuler Turki iaitu Mustafa Kamal Ataturk.Sejak dari itu Haghia Sofia menadi lokasi tarikan yang terkenal seantero dunia.Ianya kerana keunikan gabungan sejarah berkaitan agama Kristian dan jugak Islam dalam satu bangunan yang sama.



2.Masjid Biru


SubhanaAllah cantik ann Masjid Biru๐Ÿ˜๐Ÿ˜Ž..


    Masjid Biru atau nama lainnya adalah Masjid Sultan Ahmed merupakan sebuah masjid yang bersejarah.Ianya disebut Masjid Biru kerana dahulunya masjid itu bewarna biru.Namun kini warnanya kian pudar ditelan zaman.Masjid ini dibangunkan oleh Sultan Ahmed I bagi menandingi Haghia Sofia.Apa yang menariknya adalah masjid ini mempunyai 6 menara dan hanya ada dua buah masjid sahaja di Turki yang mempunyai bilangan menara sebanyak itu.Seni bina dalamannya menggunakan 20 000 jubin seramik buatan tangan.


keindahan Masjid Biru dari dalam๐Ÿ˜


3.Grand Bazaar



  Grand Bazaar ni ann sebenarnya sebuah pasar teduh yang terbesar dan antara yang tertua di dunia.Ia menempatkan ribuan peniaga yang menjual pelbagai barangan seperti barangan seramik,intan berlian,rempah ratus,produk berasaskan kulit, permaidani dan macam-macam lagi.Sebenarnya saya mengenali Grand Bazaar daripada buku cerpen kompunen sastara atau KOMSAS yang saya pelajari ketika sekolah menengah dahulu.Nama buku cerpen tu adalah Jaket Kulit Kijang dari Instanbul. Buku ini sebenarnya mengisahkan tentang pengembaraan seorang wanita di bumi Turki.Watak dalam cerpen ini mengisahkan bagaimana dia terpaksa membeli jaket kulit kijang di Grand Bazaar .Kalau hangpa berminat boleh aa try google tentang cerpen ni๐Ÿ‘€๐Ÿ‘.




Thats all for my post about interesting place at Turkey that I wanna visit it someday.Doakan moga-moga impian saya ini tercapai eaa๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‰....Trima kasih guys๐Ÿ˜˜



  






Thursday 29 March 2018

Pahlawan Sejati

     Hai and peace be upon to you๐Ÿ˜˜.So harini saya nak bercerita tentang seorang lagi tokoh yang mempunyai kaitan dengan Turki dan Kota Constantinople.Insan itu bernama Abu Ayub Al-Ansari.Biasa dengaq dak nama beliau??Beliau merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW daripada kaum Ansar.



*gambar hiasan sahaja๐Ÿ˜…


    Hebatnya Abu Ayub Al-Ansari adalah beliau tidak pernah terlepas dari mengikuti peperangan sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman Khulafa Ar-Rashidin seterusnya hingga ke zaman Kekhalifahan.Beliau jugak tidak terlepas dari kempen menakluk Kota Constantinople ketika pemerintahan Umaiyyah. Umurnya ketika itu dalam lingkugan 98 tahun!!!๐Ÿ‘€Haaa hebat bukan di usia yang lanjut jugak beliau tetap mahu mengkuti peperangan.Namun ketika dalam kempen itu beliau mengalami keuzuran yang sangat teruk sehinggalah menyebabkannya gugur syahid.

    Sebelum meninggal dunia ,dalam keadaan tenat beliau berwasiat untuk dikebumikan di luar Tembok Kota Constantinople. Kerana katanya  "Aku mendengar baginda Rasulullah SAW mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda". Kata-katanya itu menjadi siulan dan terus dingati dan tersebar terus menerus secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyah.


     Kisah tentang Abu Ayub Al-Ansari telah menarik perhatian Sultan Muhammad Al-Fatih untuk menemui makam sahabat nabi itu. Lantas baginda meminta pertolongan gurunya dari kecil yang mempunyai kekaramahan dan keberkatan doa untuk mencari lokasi makam Abu Ayub Al-Ansari.Akhirnya baginda menemuai lokasi makam tersebut serta memerintahkan agar dibina masjid di sisi makam sahabat itu.





     Pertemuan dua jasad yang sepertimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW tentang sebaik-baik raja dan jugak lelaki soleh cukup membuatkan saya rasa begitu kagum dan bangga.Sungguh kata-kata Nabi itu benar.Semoga satu hari nanti kita jugak dapat bertemu dengan insan yang hebat seperti mereka di Syurga nanti.InsyaAllah..Aminn..oklaa setakat itu sahaja untuk perkongsian saya kali ini...byebye~~๐Ÿ‘‹


Kelana Ilmu Seorang Mujahid: Part I

    Assalamualaikum ,apa khabar pembaca budiman sekalian?Saya doakan moga-moga Allah kurniakan rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita se...