1.Haghia Sofia
bahagian dalam Haghia Sofia๐
Haghia Sofia ni sebenarnya dahulu adalah sebuah gereja sebelum ditukar oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ketika berjaya menakluk Constantinople kepada sebuah masjid.Namun kini ianya telah menjadi muzium bermula dari penguasaan Bapa Republik Sekuler Turki iaitu Mustafa Kamal Ataturk.Sejak dari itu Haghia Sofia menadi lokasi tarikan yang terkenal seantero dunia.Ianya kerana keunikan gabungan sejarah berkaitan agama Kristian dan jugak Islam dalam satu bangunan yang sama.
2.Masjid Biru
SubhanaAllah cantik ann Masjid Biru๐๐..
Masjid Biru atau nama lainnya adalah Masjid Sultan Ahmed merupakan sebuah masjid yang bersejarah.Ianya disebut Masjid Biru kerana dahulunya masjid itu bewarna biru.Namun kini warnanya kian pudar ditelan zaman.Masjid ini dibangunkan oleh Sultan Ahmed I bagi menandingi Haghia Sofia.Apa yang menariknya adalah masjid ini mempunyai 6 menara dan hanya ada dua buah masjid sahaja di Turki yang mempunyai bilangan menara sebanyak itu.Seni bina dalamannya menggunakan 20 000 jubin seramik buatan tangan.
keindahan Masjid Biru dari dalam๐
3.Grand Bazaar
Grand Bazaar ni ann sebenarnya sebuah pasar teduh yang terbesar dan antara yang tertua di dunia.Ia menempatkan ribuan peniaga yang menjual pelbagai barangan seperti barangan seramik,intan berlian,rempah ratus,produk berasaskan kulit, permaidani dan macam-macam lagi.Sebenarnya saya mengenali Grand Bazaar daripada buku cerpen kompunen sastara atau KOMSAS yang saya pelajari ketika sekolah menengah dahulu.Nama buku cerpen tu adalah Jaket Kulit Kijang dari Instanbul. Buku ini sebenarnya mengisahkan tentang pengembaraan seorang wanita di bumi Turki.Watak dalam cerpen ini mengisahkan bagaimana dia terpaksa membeli jaket kulit kijang di Grand Bazaar .Kalau hangpa berminat boleh aa try google tentang cerpen ni๐๐.
Thats all for my post about interesting place at Turkey that I wanna visit it someday.Doakan moga-moga impian saya ini tercapai eaa๐
๐....Trima kasih guys๐





No comments:
Post a Comment