Monday, 2 April 2018

Makanan dan budaya Turki

    Yeahh..Assalamualaikum semua ...Alhamdulillah bertemu lagi kita di entry saya yang terkini.Baiklah so harini saya nak bercerita tentang keunikan budaya dan makanan di Turki.Lain tempat lain laa budaya dan cita rasanya ann.So sebenarnya Turki ni terkenal dengan aneka hidangan kerana mengandungi pencampuran cita rasa antara Eropah dan jugak Asia.

    First sekali saya bercerita tentang bakhlava. Bakhlava ni sebenarnya sebuah makanan pencuci mulut yang berasaskan kacang seperti kacang pistachio dan kacang tanah yang diisi ke dalam phyllo pastri. Yang dimana phyllo pastri ni merupakan lembaran adunan tepung nipis alaaa mcm kulit popia yang kita makan tu tapi yang ini lain sedikit kerana adunannya mengandungi minyak,cuka,tepung dan kuning telur. Kemudian phyllo pastri yang mengandungi inti kacang akan disiram dengan air mawar atau karamel untuk menambahkan kelazatannya.Ermmm..dok cerita ni terliur banyak kali dahπŸ˜…πŸ˜‚..hahaha moga-moga insyaAllah satu hari nanti saya dapat merasainya.

Allahu πŸ˜­ menggoda sungguh ni

    Next benda yang paling saya mau try dan kalau masuk mulut saya ni. Perhh puas gila . Yang ni serius tahap sumpah memang teringin gila nak makan.... HahahahahahπŸ˜‚πŸ˜‚ apa lagi kalau bukan aiskrim Turki atau nama lainnya dondurma . Rugi besar laa bagi sesiapa yang berkunjung ke Turki tapi tak merasainya. Pertama kali saya mengenali aiskrim Turki adalah ketika menonton rancangan television TV3 iaitu Spice Routes jika tidak silap saya. Dalam rancangan itu ia memaparkan keunikan makanan tradisi Turki dan apa yang menarik minat saya adalah tentang keunikan aiskrim Turki dari segi penghasilannya hingga ketika menjualnya.Sejak dari itu saya mengidam aiskrim Turki.... Hahahaha.... Dah berapa tahun dah ni... Hmmm.. InsyaAllah moga nanti ada rezeki.hahaaha

Unik ann... Aiskrim dia x jatuh ponπŸ˜“


     Dondurma ini diperbuat daripada susu kambing dan satu bahan yang bernama salep iaitu tepung yang dikisar daripada orkid liar serta mastic iaitu sejenis tumbuhan yang boleh dimakan. Yang dimana campuran antara semua bahan inilah yang menjadikan tekstur aiskrim tersebut anjal dan tidak mudah cair. Haa unik ann... Ni kalau juai kat KMPP ni sayalah yang akan jadi pelanggan setianya.Dan menariknya lagi adalah cara mereka menjualnya. Kebiasaan bagi peniaga yang menjual dondurma ni mereka akan "mengusik" pelanggan mereka dengan helah..Alaa macam nak bergurau laa. Tapi saya rasa macam kena buli jaa  πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Hahaha... Tapi xpa saya dah fikirkan dah cara bagaimana nak hadapi penjual ni... Hahaha saya tak kan biarkan mereka buli saya.... Hahaha. Tunggu masa nak aplikasikannya jaa  πŸ˜‚

   So saya rasa setakat tu dulu untuk perkongsian saya pada kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi yaa di post saya yang seterusnya. Bye~πŸ€—

No comments:

Post a Comment

Kelana Ilmu Seorang Mujahid: Part I

    Assalamualaikum ,apa khabar pembaca budiman sekalian?Saya doakan moga-moga Allah kurniakan rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita se...