Wednesday, 4 April 2018

Musuh Dalam Selimut

   Pada 3 Mac yang lalu, genap 94 tahun umat manusia tanpa dibawah sistem khilafah. Sebuah sistem pemerintahan Islam yang mana bermula dari zaman kekhilafahan al-Ryasidin seterusnya kekhilafahan Bani Usthmmaiyyah kemudian Kekhilafahan Bani Abbasiyah dan akhir sekali zaman Kekhilafahan Turki Uthmaniyah. Pada tanggal 3 Mac 1924 runtuhnya sebuah empayar kebanggaan yang menauangi hampir dua per tiga dunia setelah memerintah lebih dari 600 tahun angkara musuh dalam selimut. Pemimpin yang bertanggungjawab atas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah yang juga merupakan pengasas kepada penubuhan Republik Turki moden seperti hari ini ialah Mustafa Kamal Al Tarturk.



Beliau menjadi Presiden Turki yang pertama hasil rampasan kuasa di bawah penggerakkan Turki Muda yang membawa ideologi sekularisme.Sejak dari kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah merupakan titik tolak kepada pemerintahan Mustafa Kamal yang berusaha memisahkan agama dari pemerintahan serta aspek pemerintahan. Nak kata kejam tak kejamnya dia ni adalah beliau telah mengarahkan agar azan dilaungkan dalam Bahasa Turki berbanding Bahasa Arab kebiasaannya. Tidak cukup dengan itu beliau jugak membenarkan wanita muslim memakai berhijab dengan syarat harus dipakai dengan skirt  dan mewajibkan pakaian dan fesyen barat.Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta melarang rakyatnya mengerjakan ibadah haji. Allahu...Tindakannya tidak terhenti disitu ,beliau turut menukar peranan Haghia Sofia sebagai masjid yang diubah oleh Sultan Muhammad Al-Fatih kepada muzium.Sebahagian masjid jugak ditukar sebagai gereja.dan bermacam lagi tindakannya yang jelas menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.Beliau berjaya mengasingkan agama dari segala aspek kehidupan dan membuang agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mustafa Kamal Al Tarturk merupakan pemimpin Islam yang bertopengkan imej Yahudi.Pada akhir hayatnya beliau diazab oleh Allah SWT dengan azab yang pedih seperti penyakit kulit yang menyebabkan beliau merasa gatal seluruh badan,sakit jantung,darah tinggi serta panas sepanjang masa. Beliau pernah meminta bomba agar menyiram rumahnya 24jam serta meminta pembantunya meletakkan ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya.Maha suci Allah panasnya tidak hilang,hingga pernah satu ketika beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengarnya.Oleh kerana tidak tahan dengan jeritannya ,pihak yang bertanggungjawab ketika itu telah menghantarnya ke tengah lautan dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Pada 26 Sebtember 1938,beliau pengsan selama 48 jam kerana terlalu panas dan sedar selepas itu namun beliau hilang ingatan.Kemudian sekali lagi pada 3 November 1938 beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.Ketika kematiannya tiada seorang pon yang memandi,mengkafankan serta menyembayangkan jenzah beliau.Mayatnya diawet selama 9 hari 9 malam sehingga adik perempuannya meminta ulama-ulama Turki untuk memandi,mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah beliau .Namun tidak cuklup dengan itu, Allah tunjukkan sekali lagi kekuasaannya dimana ketika mayatnya hendak dikebumikan namun bumi tidak menerimanya.Allahu..sehingga kini mayatnya hanya ditanam di celah-celah batu marmar di sebuah bukit. 


Begitulah kisah seorang pemimpin yang fasik yang telah melakukan kezaliman ke atas Islam ketika hayatnya.Semoga kisahnya memberi pengajaran kepada kita semua serta menunjukkan bahawa agama tidak boleh sama sekali dipisahkan dari kehidupan.Saya rasa setakat itu dahulu untuk perkongsian saya pada kali ini.Jumpa lagi yaa di entri yang akan datang.~~👋

No comments:

Post a Comment

Kelana Ilmu Seorang Mujahid: Part I

    Assalamualaikum ,apa khabar pembaca budiman sekalian?Saya doakan moga-moga Allah kurniakan rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita se...