Beliau dilahirkan di desa Nurs di wilayah Timur Turki pada tahun 1293M/1877H serta berasal dari keluarga yang dihormati.Beliau merupakan anak keempat daripada tujuh adik beradik.Beliau mendapat pendidikan agama yang secukupnya daripada kedua ibu bapanya yang soleh dan solehah serta mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi.Semasa dari kecil lagi beliau mempunyai minat yang tinggi dalam ilmu pengetahuan dengan sering memikirkan serta membuat pertanyaan-pernyataan di dalam benaknya.Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar kerana berhasil menghafal dan memahami isi kitab dengan masa yang singkat sahaja.Gelaran Badiuzzman diberikan oleh gurunya yang bernama Syeikh Al-Fathullah yang membawa maksud keunggulan zaman.
Beliau bukan sahaja mahir dalam ilmu agama bahkan juga turut mempelajari ilmu seperti biologi,fizik,kimia,astronomi serta ilmu kaji bumi.Baginya ilmu sains dan ilmu agama tidak dapat dipisahkan.Antara karya teragung beliau adalah penghasilan kitab Risalah An-Nur yang mana telah diterjemah ke dalam 40 bahasa.Kitab ini pernah diharamkan edisinya pada zaman pemerintahan Mustafa Kamal At-Tarturk kerana dikhuatiri rakyat Turki ketika itu akan bangkit menegakkan syiar Islam.Said Nursi berjihad dengan pena dengan mengarang Kitab Risalah An-Nur yang merupakan satu tafsiran Al-Quran bagi menyelamatkan akidah umat Islam Turki pada ketika itu.Kisah perjuangan Badiuzzman Said Nursi ada dibukukan oleh seorang penulis tempatan terkenal iaitu oleh Abdul Latip Talib,jikalau anda berminat untuk mengenali lebih lanjut mengenai tokoh ini bolehlah try beli dan baca kisahnya.
Saya rasa setakat itu dahulu untuk penkongsian saya pada kali ini.Semoga bertambah ilmu kalian mudah-mudahan.InsyaAllah amin.😉


No comments:
Post a Comment