Friday, 6 April 2018

Pemimpin Harapan Umat

   Assalamualaikum,hai harini saya nak bercerita lagi tentang seorang tokoh masa kini yang menjadi harapan umat Islam Turki serta dunia .Beliau bernama Recep Tayyip Erdorgan, Presiden ke 12 Republik Turki.Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang berpengaruh serta sangat lantang dan tegas dalam perihal Islam.Beliau merupakan tokoh yang paling lama memerintah Turki.Beliau menjadi Perdana Menteri Turki sejak 2003 hingga 2014 sebelum dipilih sebagai Presiden Turki yang ke 12 pada tahun 2014.


Sejak memerintah Turki banyak kemajuan yang telah dibawanya.Termasuklah dari bidang pendidikan ,kesihatan,ekonomi dan sebagainya.Walaupun Turki bukanlah negara pengeksport minyak namun mereka mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.Di bawah pentadbiran Erdorgan jugak ,pendapatan rakyat Turki telah meningkat daripada 3500 dollar kepada 11 000 dollar pada tahun 2013.Namun bukan soal kemajuan di Turki yang menarik minat saya terhadap tokoh ini, yang membuatkan saya mengagumi beliau sehingga saya mengikuti laman sosialnya di Instagram😅😂 adalah kelangtangan beliau dalam memperjuangkan Islam.Ingat tak lagi ketika pengumuman Donald Trump yang mengistiharkan Bailtulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang jelas menyebarkan gelombang kemarahan umat Islam di dunia.Ketika itu ,Presiden Erdorgan lah yang jelas dan terang-terangan mengecam tindakan itu serta mengadakan perhimpunan Negara-Negara OIC tergempar bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu terbabit.Selain itu beliau juga pernah meninggalkan persidangan di Davos kerana hanya diberi masa 12 minit untuk berucap ketika perhimpunan tersebut sedangkan Presiden Israel diberi 25 minit berucap.Ketika ucapannya beliau memperjuangkan soal kemanusiaan di Palestin yang dilakukan oleh Israel.Beliau juga peka tentang situasi umat Islam Rohingnya di Myanmar yang terus dizalimi sehingga pernah menyuarakan isu itu di PBB.
   
Antara pemimpin OIC

Sungguh Erdorgan merupakan pemimpin harapan umat Islam kerana keberanian dan ketegasannya dalam urus tadbir negara serta perihal berkaitan Islam.Inilah pemimpin sejati moga-moga Allah kurniakan lagi kepada kita pemimpin seperti beliau.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang sempurna kepada pemimpin Islam ini agar dapat mempertahankan dan terus memperjuangkan Islam di mata dunia.InsyaAllah amin.

No comments:

Post a Comment

Kelana Ilmu Seorang Mujahid: Part I

    Assalamualaikum ,apa khabar pembaca budiman sekalian?Saya doakan moga-moga Allah kurniakan rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita se...