Friday, 30 March 2018

3 Lokasi Wajib Dikunjungi Di Turki

    Assalamualaikum ok harini saya nak cerita tentang tempat-tempat yang menarik di Turki pulak...Asyik tentang tokoh jaa ann so now lets move on in different regions...Are you ready guys..hahaha.Walaupun belom pernah ke sana tetapi destinasi di tempat yang ingin saya lawati itu telah menambat hati saya...huaaa😍💓So harini saya akan share kepada anda semua 3 tempat yang menarik yang wajib dikunjungi.




   1.Haghia Sofia



bahagian dalam Haghia Sofia💘



     Haghia Sofia ni sebenarnya dahulu adalah sebuah gereja sebelum ditukar oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ketika berjaya menakluk Constantinople kepada sebuah masjid.Namun kini ianya telah menjadi muzium bermula dari penguasaan Bapa Republik Sekuler Turki iaitu Mustafa Kamal Ataturk.Sejak dari itu Haghia Sofia menadi lokasi tarikan yang terkenal seantero dunia.Ianya kerana keunikan gabungan sejarah berkaitan agama Kristian dan jugak Islam dalam satu bangunan yang sama.



2.Masjid Biru


SubhanaAllah cantik ann Masjid Biru😍😎..


    Masjid Biru atau nama lainnya adalah Masjid Sultan Ahmed merupakan sebuah masjid yang bersejarah.Ianya disebut Masjid Biru kerana dahulunya masjid itu bewarna biru.Namun kini warnanya kian pudar ditelan zaman.Masjid ini dibangunkan oleh Sultan Ahmed I bagi menandingi Haghia Sofia.Apa yang menariknya adalah masjid ini mempunyai 6 menara dan hanya ada dua buah masjid sahaja di Turki yang mempunyai bilangan menara sebanyak itu.Seni bina dalamannya menggunakan 20 000 jubin seramik buatan tangan.


keindahan Masjid Biru dari dalam😍


3.Grand Bazaar



  Grand Bazaar ni ann sebenarnya sebuah pasar teduh yang terbesar dan antara yang tertua di dunia.Ia menempatkan ribuan peniaga yang menjual pelbagai barangan seperti barangan seramik,intan berlian,rempah ratus,produk berasaskan kulit, permaidani dan macam-macam lagi.Sebenarnya saya mengenali Grand Bazaar daripada buku cerpen kompunen sastara atau KOMSAS yang saya pelajari ketika sekolah menengah dahulu.Nama buku cerpen tu adalah Jaket Kulit Kijang dari Instanbul. Buku ini sebenarnya mengisahkan tentang pengembaraan seorang wanita di bumi Turki.Watak dalam cerpen ini mengisahkan bagaimana dia terpaksa membeli jaket kulit kijang di Grand Bazaar .Kalau hangpa berminat boleh aa try google tentang cerpen ni👀👍.




Thats all for my post about interesting place at Turkey that I wanna visit it someday.Doakan moga-moga impian saya ini tercapai eaa😅😉....Trima kasih guys😘



  






Thursday, 29 March 2018

Pahlawan Sejati

     Hai and peace be upon to you😘.So harini saya nak bercerita tentang seorang lagi tokoh yang mempunyai kaitan dengan Turki dan Kota Constantinople.Insan itu bernama Abu Ayub Al-Ansari.Biasa dengaq dak nama beliau??Beliau merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW daripada kaum Ansar.



*gambar hiasan sahaja😅


    Hebatnya Abu Ayub Al-Ansari adalah beliau tidak pernah terlepas dari mengikuti peperangan sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman Khulafa Ar-Rashidin seterusnya hingga ke zaman Kekhalifahan.Beliau jugak tidak terlepas dari kempen menakluk Kota Constantinople ketika pemerintahan Umaiyyah. Umurnya ketika itu dalam lingkugan 98 tahun!!!👀Haaa hebat bukan di usia yang lanjut jugak beliau tetap mahu mengkuti peperangan.Namun ketika dalam kempen itu beliau mengalami keuzuran yang sangat teruk sehinggalah menyebabkannya gugur syahid.

    Sebelum meninggal dunia ,dalam keadaan tenat beliau berwasiat untuk dikebumikan di luar Tembok Kota Constantinople. Kerana katanya  "Aku mendengar baginda Rasulullah SAW mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda". Kata-katanya itu menjadi siulan dan terus dingati dan tersebar terus menerus secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyah.


     Kisah tentang Abu Ayub Al-Ansari telah menarik perhatian Sultan Muhammad Al-Fatih untuk menemui makam sahabat nabi itu. Lantas baginda meminta pertolongan gurunya dari kecil yang mempunyai kekaramahan dan keberkatan doa untuk mencari lokasi makam Abu Ayub Al-Ansari.Akhirnya baginda menemuai lokasi makam tersebut serta memerintahkan agar dibina masjid di sisi makam sahabat itu.





     Pertemuan dua jasad yang sepertimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW tentang sebaik-baik raja dan jugak lelaki soleh cukup membuatkan saya rasa begitu kagum dan bangga.Sungguh kata-kata Nabi itu benar.Semoga satu hari nanti kita jugak dapat bertemu dengan insan yang hebat seperti mereka di Syurga nanti.InsyaAllah..Aminn..oklaa setakat itu sahaja untuk perkongsian saya kali ini...byebye~~👋


Khalifah Sejati

    Assalamualaikum and hye again ,so hari ni saya nak cerita sedikit sejarah ringkas tentang pemimpin kebanggaan rakyat Turki malah kebanggaan umat Islam.Siapa lagi kalau bukan Sultan Muhammad Al-Fatih.Seorang sultan yang begitu muda ketika menaiki tahta dalam Empayar Uthmaniyah,baginda menaiki tahta untuk kali pertama dan hanya memerintah selama dua tahun sahaja ketika baru berumur 12 tahun!!!hmmm..kita 12 tahun muka berlengaih gi dengan senoi paa semua cukup nak hadap UPSR...hahahaha.Tapi Sultan Muhammad Al-Fatih time tu dah perintah sebuah kerajaan dah.Kemudian baginda sekali lagi menaiki tahta ketika berumur 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya Sultan Murad II yang mangkat.



lakaran Sultan Muhammad Al-Fatih



     Apa yang specialnya tentang Sultan Muhammad Al-Fatih ni ialah baginda telah merialisasikan hadis Nabi Muhammad SAW yang mana diriwayatkan oleh Imam Ahmad , sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq .."Constantinople(kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja,tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."dan akhirnya penantian selama lebih 800 tahun hadis itu diriwayatkan telahpun terbukti. Baginda berjaya menakluki Kota Constantinople pada umur 21 tahun!!! Hebat sungguh bukan?Lani mana lagi kita nak cari pemuda-pemudi yang ketika umur mudanya telah mampu menyumbangkan sesuatu kepada agama ,bangsa dan negara. Allahuu ,saya juga berasa kerdil kerana tiada sedikit pun sumbangan yang mampu saya berikan seperti mana Sultan Muhammad Al-Fatih berikan. Baginda sememangnya menggunakan usia mudanya untuk berbakti kepada agama dan negara.






       Antara perkara yang membuat saya tertarik dengan Sultan Muhammad Al-Fatih adalah tentang strategi peperangannya yang begitu diluar jangka dan dianggap sebagai strategi yang melangkaui zamannya. Bayangkan bagaimana tentera-tenteranya berjaya mengangkut 72 buah kapal perang dari Selat Bosphorus merentasi bukit pada hanya satu malam!!fuhhh memang hebat gila aaa...Semuanya itu kerana kemaraan pasukan armada Uthmaniyah disekat oleh rantai besi yang dipasang oleh Kerajaan Byzantin di Teluk Golden Horn.Bukan itu sahaja baginda juga mempertingkatkan peralatan perangnya dengan menghasilkan Meriam Urban yang berhasil menembusi tembok pertahanan Kota Constantinople.





   Saya rasa setakat itu sahaja dulu serba sedikit tentang Sultan Muhammad Al-Fatih. Kisahnya sangat mengagumkan kerana diusia yang begitu muda banyak sumbangannya kepada negara dan umat Islam.Moga-moga satu hari nanti kita mampu mencontohi akhlak dan keperibadiannya untuk memajukan diri dan negara.Aminn..So ,see you next time yaa😉~~


Thursday, 22 March 2018

Kembara yang diimpikan

 
Haa..mesti hangpa semua tertanya-tanya apadia kembara yang diimpikan tu ann.Sebenarnya dari sekolah lagi saya teringin sangat nak jejakkan kaki saya ke bumi Turki.Serius doo serius ,memang teringin sangat nak p situ.Kalau saya dapat pi Turki ,itulah satu nikmat dan rezeki yang amat saya hargai dan bersyukur ssangat serta takkan sesekali saya lepaskan peluang tu.Hangpa doa-doakan laa semoga impian saya ni tercapai...hahaha...nanti kalau saya dah sampai ke Turki bolehlaa saya kongsi kisah pengembaraan saya dengan hangpa semua .Mana tau nanti hangpa tertarik boleh laa kita p travel sekali.Aminn.


bendera Turki

Ok why Turki???hmmm banyak benda sebenarnya yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Turki walaupon saya belum pernah pi situ lagi.Faktor utama Turki tempat yang paling saya  mau kunjungi adalah kerana faktor sejarahnya.Saya memang minat dan teringin sangat untuk mendalami serta berlajar sejarah keagungan bangsa Turki.Kalau cakap tentang Turki memang umum laa mengetahui yang Turki ni memang kaya nilai sejarah yang mana sampai ke hari ini penerokaan serta penemuan artifek serta tinggalan sejarah masa lampau sedang dikaji dan masih dicari.Dan yang paling saya tertarik dengan sejarah turki adalah tentang Kerajaan Usthmaniyyah yang begitu gah serta gemilang.Eeee kalau nak saya hurai ni boleh jadi panjang gak aaa...hahahaha boleh jd blog pasai sejarah dah...Hahaha.Takpa hangpa layan kan ajaa😝hahahah bila lagi ann kita nak belajar sejarah.Kaa hangpa semua ni jenis x minat sejarah??No no no hangpa xleh cani ,mau xmau hangpa kena kenal gak sejarah sebab bak kata pepatah "Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya." Haa dengaq tu👆.

peta Turki

Turki ni sebenarnya sebuah negara Eurasia yang mana terletak di benua Eropah dan jugak Asia.Haa menarik bukan dan ibu kotanya jugak ada dua bahagian sebelah di Eropah dan sebelah lagi di Asia yang mana kedua-dua bahagian dihubungkan dengan Jambatan Bosphorus.Haa kat situlah namanya kota Instanbul.

Jambatan Bosphorus

Oklaa setakat ni dulu untuk introduction tentang Turki.Hangpa jangan lupa lakk untuk baca post seterusnya sebab nanti kami nak cerita pulak tentang sejarah dia ,makanan,budaya dan macam-macam lagi.So jangan lupa tauu..janji eaaa..hehehe..hahaha...See you next time~👋


Thursday, 8 March 2018

My Short Vacation Story


  Assalamualikum and hye~!!Thanks for taking your time to read my post.yeahh. ✌So harini saya nak share dengan hangpa semua tentang short vocation saya dengan kawan-kawan saya pi bercuti kat Penang.Haaa hangpa nak tau dak???Actually ni pengalaman saya yang pertama travel dengan kawan-kawan kalau sebelum ni kebanyakkannya pi jalan-jalan dengan family dan rombongan dengan sekolah jaa.So untuk pengalaman pertama ni banyak benda gak aaa nak kena pikiaq(fikir😝) nak tidoq kat mana laa,pasai makan minum laaa,nak guna transpot apa laa,bajet duit lagi dan macam- macam lagi.
                                 
                                 me and my friends👨

   So here the story begins...hehehe.Bangun jaaa pagi hari sabtu tu kami lima orang pi breakfast paa semua luu kat cafe pekena mee goreng,sekali makan tudia berminyak gila bakkhang mau tak mau kena perabis makan gak aaa mahai kot bayaq....hahahha...haduih.After makan tu kami ambik kereta uber dari tempat belajaq kami kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang atau lebih famous dengan panggilan KMPP menuju ke KTM Tasek Gelugor.Tambang uber cuma RM7 jaa boleh laa.Astu kami teruskan perjalanan kami dengan menaiki komuter KTM ke Butterworth dengan bayaran dalam RM2 lebih gutu.After that ,kami naik pula feri untuk ke belah pulau sana dengan bayaran tambang RM1.20 seorang.....

pemandangan Jambatan Pulau Pinang dari feri kami✌



feri yang membuat lalulintas.... vhoom2😆


sampai jaa kat terminal feri kat belah pulau tu kami teruskan perjalanan kami untuk ke hotel yang telah kami survey malam sebelum pi tu....haa nampak dak ni last minute punya plan😂 hahaha....so kami berlima pon jalan la kaki nak pi kat hotel tu sebab dekat jaa dengan terminal feri tu dalam tak sampai 3 kilometer.Sepanjang perjalanan ke hotel tu kami lalui Streets Art alaa yang banyak lukisan mural tu
  
antara mural yang sempat kami bergambar...hehe ni la saya😃



Haikal dan Syahir


     After that,sampai jaa kat hotel yang kami survey tu, harga dia mahal gila nak mampuihh lakk...hahahah...haishh..well last minute plan ann😂.Pastu terpaksalah kami pi cari hotel yang lain kat sana.Jenoh doo nak cari hotel time tu melewaq merata sampai lenguh habis kaki nasib baik dapat gak hotel yang harga murah skit...dapatlah kami berlima bermalam kat Hotel Asia apatah nama*hahaha* dengan harga RM140.Masuk bilik kami rehat ,solat paa semua luu and then lepas zohor kami decide untuk pergi ke Teluk Bahang untuk bermandi-manda di pantai kat sana.Kami pi ke sana dengan menaiki bas Rapid Penang and perjalanan dia agak jauh gak aa.....astu ann dalam perjalanan ke sana bole pulak si Syahirfitri tu rasa nak termuntah dalam bas so kami pon turunlah dari bas kat satu tempat nama Pantai Miami nak wat cana memang agak memeningkan kepala gak aa sepanjang dok dalam bas sebab jalan berbukit ann...so kami pon decide untuk mandi kat Pantai Miami jelaa walaupon dah bayaq duit tambang bas untuk ke Teluk Bahang.Before mandi kami makan luu kat gerai sebab lapaq ann tak makan apa lagi...So saya orderlah laksa Penang satu dengan air kelapa satu ....tunggu punya tunggu dapatla makanan tu yang terkejutnya harga semua Rm10 doo mahai gak aa...astu takpala yang menambahkan kedukaan saya adalah bilamana saya baru sahaja ingin menadah tangan memohon keberkatan Ilahi sebelum makan adalah saya dihujani taik burung...eee geram betoi aku ,rasa nak bebai jaa time tu...hahahaha nasib baik tak masuk makanan kalau dak ermmm Rm10 lesap taik burung jaa dapat ...hahaha tapi hampir gak aa nak kena makanan.Lepas habis jaa makan kami terus pi mandi kat pantai tu....hahaha masa mandi tu macam-macam benda gakk aa berlaku dan biarlah ianya menjadi kenangan indah kami bersama hahahaha....

Antara gambar kenangan kami
    



    Setelah puas mandi kami balik semula ke hotel dengan menaiki bas untuk berehat sat.Selepas isyak kami teruskan pengembaraan kami dengan berjalan sekitar kedai dan pasar di Georgetown tak beli paa pon cuci mata jaa...astu kami decide untuk bermain bowling dulu sebelum pi cari makan...haa ni baru pengalaman saya yang ketiga bermain bowling...yang len pon rata-rata baru main bowling..so set-set noob gak aaa hahahaha...bola dok asyik masuk longkang jaa😂

                                    

sorry aa abg x perfom😂😂😂

#jangankecam #kamibudakbaruberlajar😝

     Selepas permainan yang agak memalukan itu kami ingin mengubat kekecewaan kami dengan makanan.Tetapi malangnya sekali lagi hahaha time tu dah 10 lebih dan kebanyakkan kedai dan mall dah start tutup huhu... pi KFC tutup pi nasik kandaq Hameediah tutup sedihnya hidup hahaha tapi pedih lagi perut yang kelaparan...so kami pon search laa kat maps kedai makan yang mana ada ...search punya search nasik kandaq Pelita lah satu-satunya harapan yang kami ada ...berjalanlah kami lima orang ke sana dengan pengharapan yang tinggi demi sesuap nasi hahaha...Alhamdulillah dapat pon kami makan ...habis makan kami pon cadang nak ambik uber jelaa sebab dah penat berjalan satu hari and nak tau dak kami dapat request kereta apa??? Dapat kereta Vellfire doo and bayaran tambang Rm3 jaa dari kedai tu ke hotel kami.Best gak aa...Sampai bilik kami rehat tidoq sebelum teruskan aktiviti untuk keesokan harinya.

      So untuk hari terakhir pengembaraan kami di Penang ,kami bercadang untuk ke Gurney Plaza to find something interesting.Kami check out hotel pukul 11 and menuju ke Gurney Plaza dengan menaiki bas.Sesampai jaa kami di sana kami pi cari arked luu sebab Syahirfitri tak sabaq-sabaq nak tunjuk kehebatan dia main game apatah..sampai kat situ dia sorang jaa main😐 sebab bagi dia sorang jaa game tu best...hmm so kami pon mereputlah and tunggu dia kat satu kawasan simpan kerusi dekat situ...astu ann tiba-tiba mai seorang perempuan dengan muka bajet dia mai halau kami ,sedangkan kami tak buat apa pon...geram betoi dengan dia dok marah-marah kami eee majai gila aaa time tu hilang habis mood.Astu takpalah kami pon belah aa dari situ and pi ronda-ronda kat dalam Gurney Plaza.Selepas sakan dok tawaf tempat tu kami  bercadang untuk balik terus ke kolej and yang tragisnya kami tak dapat nak cari pengangkutan awam yang boleh kami guna utntuk ke terminal feri sebab jalan kat situ jalan sehala ...astu berlakulah sedikit salah faham antara kami yang hanya membazir tenaga and masa...hahahaha kami berjalan jauh gakk aaa sebelum dapat bas...alhamdulillah.Sampai di terminal feri kami pon turun and naik feri untuk ke Seberang Perai.Untuk pengetahuan kalau kita dari pulau hendak ke Seberang Perai tiada bayaran tambang dikenakan begitu jugak dengan bayaran tol di Jambatan Pulau Pinang.So sampai kat sana kami balik ke kolej dengan menaiki komoter and then gunakan uber untuk balik ke kolej.So habislah kisah pengembaraan kami berlima ke Penang.

     Dari pecutian singkat ni macam-macam yang saya dapat.Saya lebih mengenali kawan-kawan saya dan sememangnya mengeratkan lagi silaturahim antara kami.Semoga ukhwah ini akan selamanya terjalin hingga ke syurga.haa..achewahh.hahaha..haa hangpa semua jangan lupa lakk untuk nantikan post saya yang seterusnya ok.

the end










Kelana Ilmu Seorang Mujahid: Part I

    Assalamualaikum ,apa khabar pembaca budiman sekalian?Saya doakan moga-moga Allah kurniakan rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita se...