Thursday, 29 March 2018

Khalifah Sejati

    Assalamualaikum and hye again ,so hari ni saya nak cerita sedikit sejarah ringkas tentang pemimpin kebanggaan rakyat Turki malah kebanggaan umat Islam.Siapa lagi kalau bukan Sultan Muhammad Al-Fatih.Seorang sultan yang begitu muda ketika menaiki tahta dalam Empayar Uthmaniyah,baginda menaiki tahta untuk kali pertama dan hanya memerintah selama dua tahun sahaja ketika baru berumur 12 tahun!!!hmmm..kita 12 tahun muka berlengaih gi dengan senoi paa semua cukup nak hadap UPSR...hahahaha.Tapi Sultan Muhammad Al-Fatih time tu dah perintah sebuah kerajaan dah.Kemudian baginda sekali lagi menaiki tahta ketika berumur 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya Sultan Murad II yang mangkat.



lakaran Sultan Muhammad Al-Fatih



     Apa yang specialnya tentang Sultan Muhammad Al-Fatih ni ialah baginda telah merialisasikan hadis Nabi Muhammad SAW yang mana diriwayatkan oleh Imam Ahmad , sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq .."Constantinople(kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja,tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."dan akhirnya penantian selama lebih 800 tahun hadis itu diriwayatkan telahpun terbukti. Baginda berjaya menakluki Kota Constantinople pada umur 21 tahun!!! Hebat sungguh bukan?Lani mana lagi kita nak cari pemuda-pemudi yang ketika umur mudanya telah mampu menyumbangkan sesuatu kepada agama ,bangsa dan negara. Allahuu ,saya juga berasa kerdil kerana tiada sedikit pun sumbangan yang mampu saya berikan seperti mana Sultan Muhammad Al-Fatih berikan. Baginda sememangnya menggunakan usia mudanya untuk berbakti kepada agama dan negara.






       Antara perkara yang membuat saya tertarik dengan Sultan Muhammad Al-Fatih adalah tentang strategi peperangannya yang begitu diluar jangka dan dianggap sebagai strategi yang melangkaui zamannya. Bayangkan bagaimana tentera-tenteranya berjaya mengangkut 72 buah kapal perang dari Selat Bosphorus merentasi bukit pada hanya satu malam!!fuhhh memang hebat gila aaa...Semuanya itu kerana kemaraan pasukan armada Uthmaniyah disekat oleh rantai besi yang dipasang oleh Kerajaan Byzantin di Teluk Golden Horn.Bukan itu sahaja baginda juga mempertingkatkan peralatan perangnya dengan menghasilkan Meriam Urban yang berhasil menembusi tembok pertahanan Kota Constantinople.





   Saya rasa setakat itu sahaja dulu serba sedikit tentang Sultan Muhammad Al-Fatih. Kisahnya sangat mengagumkan kerana diusia yang begitu muda banyak sumbangannya kepada negara dan umat Islam.Moga-moga satu hari nanti kita mampu mencontohi akhlak dan keperibadiannya untuk memajukan diri dan negara.Aminn..So ,see you next time yaa😉~~


No comments:

Post a Comment

Kelana Ilmu Seorang Mujahid: Part I

    Assalamualaikum ,apa khabar pembaca budiman sekalian?Saya doakan moga-moga Allah kurniakan rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita se...