Thursday, 29 March 2018

Pahlawan Sejati

     Hai and peace be upon to you😘.So harini saya nak bercerita tentang seorang lagi tokoh yang mempunyai kaitan dengan Turki dan Kota Constantinople.Insan itu bernama Abu Ayub Al-Ansari.Biasa dengaq dak nama beliau??Beliau merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW daripada kaum Ansar.



*gambar hiasan sahaja😅


    Hebatnya Abu Ayub Al-Ansari adalah beliau tidak pernah terlepas dari mengikuti peperangan sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman Khulafa Ar-Rashidin seterusnya hingga ke zaman Kekhalifahan.Beliau jugak tidak terlepas dari kempen menakluk Kota Constantinople ketika pemerintahan Umaiyyah. Umurnya ketika itu dalam lingkugan 98 tahun!!!👀Haaa hebat bukan di usia yang lanjut jugak beliau tetap mahu mengkuti peperangan.Namun ketika dalam kempen itu beliau mengalami keuzuran yang sangat teruk sehinggalah menyebabkannya gugur syahid.

    Sebelum meninggal dunia ,dalam keadaan tenat beliau berwasiat untuk dikebumikan di luar Tembok Kota Constantinople. Kerana katanya  "Aku mendengar baginda Rasulullah SAW mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda". Kata-katanya itu menjadi siulan dan terus dingati dan tersebar terus menerus secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyah.


     Kisah tentang Abu Ayub Al-Ansari telah menarik perhatian Sultan Muhammad Al-Fatih untuk menemui makam sahabat nabi itu. Lantas baginda meminta pertolongan gurunya dari kecil yang mempunyai kekaramahan dan keberkatan doa untuk mencari lokasi makam Abu Ayub Al-Ansari.Akhirnya baginda menemuai lokasi makam tersebut serta memerintahkan agar dibina masjid di sisi makam sahabat itu.





     Pertemuan dua jasad yang sepertimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW tentang sebaik-baik raja dan jugak lelaki soleh cukup membuatkan saya rasa begitu kagum dan bangga.Sungguh kata-kata Nabi itu benar.Semoga satu hari nanti kita jugak dapat bertemu dengan insan yang hebat seperti mereka di Syurga nanti.InsyaAllah..Aminn..oklaa setakat itu sahaja untuk perkongsian saya kali ini...byebye~~👋


No comments:

Post a Comment

Kelana Ilmu Seorang Mujahid: Part I

    Assalamualaikum ,apa khabar pembaca budiman sekalian?Saya doakan moga-moga Allah kurniakan rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita se...