Haa..mesti hangpa semua tertanya-tanya apadia kembara yang diimpikan tu ann.Sebenarnya dari sekolah lagi saya teringin sangat nak jejakkan kaki saya ke bumi Turki.Serius doo serius ,memang teringin sangat nak p situ.Kalau saya dapat pi Turki ,itulah satu nikmat dan rezeki yang amat saya hargai dan bersyukur ssangat serta takkan sesekali saya lepaskan peluang tu.Hangpa doa-doakan laa semoga impian saya ni tercapai...hahaha...nanti kalau saya dah sampai ke Turki bolehlaa saya kongsi kisah pengembaraan saya dengan hangpa semua .Mana tau nanti hangpa tertarik boleh laa kita p travel sekali.Aminn.
bendera Turki
Ok why Turki???hmmm banyak benda sebenarnya yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Turki walaupon saya belum pernah pi situ lagi.Faktor utama Turki tempat yang paling saya mau kunjungi adalah kerana faktor sejarahnya.Saya memang minat dan teringin sangat untuk mendalami serta berlajar sejarah keagungan bangsa Turki.Kalau cakap tentang Turki memang umum laa mengetahui yang Turki ni memang kaya nilai sejarah yang mana sampai ke hari ini penerokaan serta penemuan artifek serta tinggalan sejarah masa lampau sedang dikaji dan masih dicari.Dan yang paling saya tertarik dengan sejarah turki adalah tentang Kerajaan Usthmaniyyah yang begitu gah serta gemilang.Eeee kalau nak saya hurai ni boleh jadi panjang gak aaa...hahahaha boleh jd blog pasai sejarah dah...Hahaha.Takpa hangpa layan kan ajaa😝hahahah bila lagi ann kita nak belajar sejarah.Kaa hangpa semua ni jenis x minat sejarah??No no no hangpa xleh cani ,mau xmau hangpa kena kenal gak sejarah sebab bak kata pepatah "Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya." Haa dengaq tu👆.
peta Turki
Turki ni sebenarnya sebuah negara Eurasia yang mana terletak di benua Eropah dan jugak Asia.Haa menarik bukan dan ibu kotanya jugak ada dua bahagian sebelah di Eropah dan sebelah lagi di Asia yang mana kedua-dua bahagian dihubungkan dengan Jambatan Bosphorus.Haa kat situlah namanya kota Instanbul.
Jambatan Bosphorus
Oklaa setakat ni dulu untuk introduction tentang Turki.Hangpa jangan lupa lakk untuk baca post seterusnya sebab nanti kami nak cerita pulak tentang sejarah dia ,makanan,budaya dan macam-macam lagi.So jangan lupa tauu..janji eaaa..hehehe..hahaha...See you next time~👋



No comments:
Post a Comment